Jurnal Melayu

Jurnal Melayu DBP

Semua surat-menyurat hendaklah dialamatkan kepada:

Editor Pengurus,
Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu,
Bahagian Majalah,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur,
MALAYSIA.

Tel: 603-2147 9257,
603-2147 9000
Fax: 603-2147 9617

Hantarkan makalah anda menerusi:

Serah artikel anda di sini

atau kepada:

Ketua Editor Majalah

Editor Kanan
Zaiton binti Darois
(zaiton6@dbp.gov.my)

Editor
Normala binti Mohamad Yusof
(normala@dbp.gov.my)

 

 

PANDUAN PENGHANTARAN MAKALAH UNTUK MELAYU: JURNAL ANTARABANGSA DUNIA MELAYU

Jurnal ini diterbitkan dua kali setahun, iaitu pada bulan Januari dan Julai setiap tahun. Makalah ilmiah dalam jurnal ini melalui proses penilaian, dan hanya yang terpilih akan disiarkan.  Makalah yang diterbitkan merupakan karya asli yang tidak pernah diterbitkan di mana-mana penerbitan sama ada dalam media cetak mahupun media elektronik. Jurnal ini membicarakan isu dan pemikiran dalam pelbagai bidang dalam Dunia Melayu berdasarkan penyelidikan akademik bagi merakamkan pelbagai sudut tamadun, budaya, pemikiran, kesenian dan kearifan Melayu umumnya. Makalah dalam jurnal ini ditulis dalam bahasa Melayu (dalam kebanyakan makalah) dan dibenarkan juga dalam bahasa Inggeris.

 

Halaman Judul

• Halaman judul perlulah mengandungi judul, nama penyumbang, alamat, maklumat institusi dan

emel untuk dihubungi.

Teks

• Makalah yang dihantar mestilah asli dan tidak diterbitkan dalam mana-mana penerbitan.

• Jumlah perkataan dalam makalah antara 4000-8000 patah perkataan termasuk abstrak bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, nota kaki, rujukan, jadual, rajah, lampiran dan bibliografi.

• Judul makalah disertakan dalam teks penuh berserta abstrak pada halaman pertama teks.

• Teks makalah menggunakan fon Times New Roman 11 poin dan langkau 2.

• Inden setiap perenggan dengan tab.

• Gunakan tiga peringkat tajuk (maksimum).

• Bagi makalah yang dihantar menerusi emel dan ejaan yang tidak dapat dibaca menerusi microsoft

word contohnya tulisan Jawi, mohon disertakan bersama bentuk pdfnya.

Abstrak

• 100-200 perkataan.

• Abstrak ini mengandungi tujuan kajian, metodologi yang digunakan, jenis data, analisis, dapatan

dan kesimpulan ringkas.

• Makalah mempunyai abstrak bahasa Melayu dan padanannya dalam bahasa Inggeris.

 

Kata kunci

Tidak lebih daripada 6 perkataan.

Nota

• Nota hujung.

Rujukan

• Susunan mengikut gaya  American Psychological Association (APA)

•Sekurang-kurangnya 10 rujukan.

• Rujukan daripada bahan atau sumber yang berwibawa diutamakan (petikan daripada sumber asal).

•Rujukan dalam teks mestilah ada dalam senarai Rujukan.

Hak cipta

• Penyumbang/penulis memberikan keizinan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka menerbitkan makalah mereka dalam jurnal DBP dan disiarkan dalam talian.

DBP dan disiarkan dalam talian.

• Jika penulis ingin menerbitkan semula mana-mana makalah perlulah dimaklumkan bahawa sumber makalah tersebut daripada Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu terbitan DBP.

tersebut daripada jurnal terbitan DBP.

• Penyumbang mesti menyatakan sumber bahan yang digunakan dalam makalah.