Jurnal Melayu

Jurnal Melayu DBP

SISTEM BOMBON: FUNGSIONALISME STRUKTURAL TERHADAP MASYARAKAT KADAZANDUSUN DI KIULU, TUARAN, SABAH

 

(Bombon System: Structural Functionalism Towards the Kadazandusun Community in Kiulu, Tuaran, Sabah)

Jacinta Tangil

Asmiaty Amat*

[email protected]

 

Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah.

 

Terbit dalam talian (published online): 1 Januari 2021

Sila rujuk: Jacinta Tangil dan Asmiaty Amat. (2021). Sistem Bombon: Fungsionalisme Struktural terhadap Masyarakat Kadazandusun di Kiulu, Tuaran Sabah. Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 14(1), 117‒130

 

Abstrak

Kajian ini membincangkan amalan sistem bombon yang menjadi tradisi masyarakat Kadazandusun. Sistem bombon merupakan satu kaedah pemuliharaan ikan air tawar yang dilaksanakan sejak zaman nenek moyang masyarakat tersebut. Melalui amalan ini, masyarakat Kadazandusun dapat melestarikan alam sekitar seterusnya dapat memastikan mereka mendapat sumber ikan secara berterusan. Tradisi bombon bertititik tolak daripada kepercayaan tradisional dan hukum adat masyarakat Kadazandusun. Sistem bombon memperlihatkan kearifan tempatan masyarakat Kadazandusun terhadap alam sekitar dan hubungan sesama manusia. Permasalahan kajian ini adalah berkaitan dengan fungsionalisma struktural sistem bombon terhadap kehidupan masyarakat Kadazandusun. Objektif kajian ini adalah untuk melihat fungsi dan peranan amalan sistem bombon dalam kehidupan masyarakat Kadazandusun. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan kaedah kajian lapangan. Teknik yang digunakan adalah temu bual, pemerhatian ikut serta dan penelitian dokumen. Hasil kajian menunjukkan bahawa sistem bombon dan masyarakat Kadazandusun adalah berfungsi dan menyokong kelangsungan hidup masing-masing. Amalan sistem bombon menjadi keperluan estetik fungsional bagi komuniti pengamal bombon, seterusnya menghidupkan peranannya sebagai penyumbang terhadap nilai dan budaya terhadap masyarakat pengamal. Amalan sistem bombon menonjolkan banyak kesan positif secara tersurat dan tersirat dalam kehidupan masyarakat Kadazandusun membuktikan bahawa amalan tersebut adalah fungsional dan terus relevan dalam kehidupan masyarakat tersebut pada hari ini.

Kata kunci: kepercayaan tradisional, hukum adat, kearifan tempatan, bombon, Kadazandusun

 

Abstract

This study discusses the practice of the bombon system which is a tradition of the Kadazandusun community. The bombon system is a method of conservation of freshwater fish that has been practiced by the Kadazandusun since the time of their ancestors. Through this practice, the Kadazandusun community can preserve their environment, while at the same time ensuring a continuous source of fish. The bombon tradition is based on the traditional beliefs and customary laws of the Kadazandusun people. The bombon system shows the local wisdom of the Kadazandusun community towards the environment and in human relations. The problem around which this study is centred relates to the structural functionalism of the bombon system in the life of the Kadazandusun community. The objective of this study is to look at the function and role of the practice of the bombon system in the life of the Kadazandusun community. This study was conducted via field study, employing interviews, participatory observations and document research. The results show that the bombon system and the Kadazandusun community are functional and support each other’s survival. The practice of the bombon system becomes a functional aesthetic requirement for the community of bombon practitioners, furthering its role as a contributor to the values and culture of the practitioner community. The practice of the bombon system, which highlights many implicit and explicit positive effects in the life of the Kadazandusun community, proves that the practice is functional and continues to be relevant to the life of the community today.

Keywords: traditional beliefs, customary laws, local wisdom, bombon, Kadazandusun

 

RUJUKAN

 

Angelina Ansley, Wong Swee Kiong, Spencer Empading Sanggin. (2017). Tagang System and the Benefits to the Community at Kampung Terbat Mawang, Serian, Sarawak. Journal of Borneo Kalimantan. JBK Volume 3 (issues 2) December 2017. Institute of Borneo Studies. Universiti Malaysia Sarawak.

Beattie, J. (1979). Lain-lain Kebudayaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Budaya.

Doket 33 Tuaran: 0106. Arkib Negeri Sabah.

Er, A. C., Sivapalan Selvadurai, Lyndon, N., Chong, S. T., Adam, J. H., Mohd Fuad Mat Jali., Hamzah Jusoh. (2012). The Evolvement of Tagal on Ecotourism and Environmental Conservation: A Case Study in Kampong Luanti Baru, Sabah. Advances in Natural and Applied Sciences, 6(1), 61-64.

Evans, I. H. N. (1923). Studies in Religion, Folk-Lore and Custom in British North Borneo and the Malay Peninsula. Cambridge: Cambridge University Press.

Evelina L. W. (2016). Vertical Communication Based on Local Wisdom: A Study of World Class University. Pertanika Journal Social Sciences & Humanities, 24, 59-70. Akses daripada https://www.researchgate.net/publication/335946821

Jacinta Tangil. (2020). Kearifan Tempatan dalam Sistem Bombon oleh Masyarakat Kadazandusun di Kiulu, Tuaran, Sabah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) Vol 5, Issue 2. Februari 2020.

Jacinta Tangil. (2020). Perubahan Sistem Nilai dalam Sistem Bombon yang diamalan oleh Masyarakat Kadazandusun di Kiulu, Tuaran, Sabah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) Vol 5, Issue 10. Oktober 2020. Kamus Dwibahasa Melayu – Inggeris Dewan. (2012). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lin, C. H. (2013). From the Experience of Sabah to Figure Out the Potentials and Challenges to Implement Iccas in Taiwan – The Case Studies Oo Stream Conservation. Taiwan: National Taiwan University.

Luping, H. J. (2009b). Indigenous Ethnic Communities of Sabah, the KadazanDusun. Kuala Lumpur: Kementerian Maklumat, Komunikasi, dan Kebudayaan Malaysia. 17

Merton, R.K. (1968). Social Theory and Social Structure. United States of America: The Press Free.

Poloma, M. M. (1993). Teori Sosiologi Kontemporer. Jakarta: Raja Grafindo1993). Teori Sosiologi Kontemporer. Jakarta: Raja Grafindo.

Ritzer, G. 2010. Sociological Theory (8th Edition). New York: McGraw-Hill.

Sanderson, S. K., 2000, Macro sociology, Jakarta, Grafindo.

Segundad, P. (2004). Biodiversity and tradition in Malaysia. In R. S. Gottlieb (ed.). This Sacred Earth: Religion, Nature, Environment (180-185). Great Britain: Routledge.

Umanailo, M. C. B. (2017). Talcot Parson and Robert K Merton. Akses daripada https://www.researchgate.net/publication/336753648_TALCOT_PARSON_AND_ROBERT_K_MERTON/link/5db77c55299bf1a47bf9cfe1/download doi.org/10.31219/osf.io/9pmt3

Williams, T. R. (1965). The Dusun: A North Borneo society. New York: John Wiley & Sons.

Wong, J. Z., Etoh, S., & Sujang, A. B. (2009). Toward sustainable Community Based Fishery Resources Management: The Tagal System of Sabah, Malaysia. Southeast Asian Fisheries Development Center, 7(2), 18-23. Akses daripada http://repository.seafdec.org/bitstream/handle/20.500.12066/791/sp7-2%20tagal%20system%20of%20sabah%20malaysia.pdf?sequence=1

[Teks Penuh]