Jurnal Melayu

Jurnal Melayu DBP

NILAI SPIRITUAL DALAM PEMIKIRAN Za‘ba

 

(Spiritual Value in Za‘ba Thought)

 

Ratna Roshida Ab. Razak

[email protected]

Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia.

Terbit dalam talian (published online): 1 Julai 2021

Sila rujuk: Ratna Roshida Ab. Razak. (2021). Nilai Spiritual dalam Pemikiran Za‘ba. Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 14(1), 69‒86.

Abstrak

Za‘ba, atau nama sebenarnya Zainal Abidin bin Ahmad bukan sekadar pendeta dan pemikir yang mempunyai mata hati yang tajam, malahan beliau juga merupakan seorang guru spiritual. Hal ini berdasarkan pemikiran beliau yang menyerlahkan makna, tujuan dan nilai hidup yang seharusnya dimiliki oleh setiap manusia yang bergelar Melayu Muslim. Sumbangan beliau kepada masyarakat Melayu sukar ditandingi. Beliau sangat menitikberatkan penghayatan Islam secara menyeluruh dengan memberikan penekanan kepada kesungguhan untuk menggunakan dunia demi kebahagiaan hidup di akhirat. Bagi Za‘ba kesalahan dalam berfikir telah menjurus kepada kelemahan dalam membuat sesuatu keputusan dan seterusnya tindakan. Pemikirannya mendahului zaman. Tulisan beliau telah berusia hampir 70 tahun, seperti yang terdapat dalam majalah Qalam yang telah diterbitkan pada 1952, namun inti pati dan topik perbincangannya masih segar dan kekal relevan sehingga ke hari ini. Kesungguhannya memastikan pola pemikiran bangsa Melayu berada pada landasan yang betul lagi benar, seperti yang dianjurkan dalam agama Islam amat jelas kelihatan dalam tulisan beliau. Sehubungan dengan itu, artikel ini bertujuan untuk meneliti dan menganalisis nilai spiritual Za‘ba yang terdapat dalam pemikiran melalui tulisannya.

Kata Kunci: Za‘ba, spiritualiti, pemikiran, melayu, makna, nilai hidup

 

Abstract

Za‘ba, or his real name Zainal Abidin bin Ahmad is not just a preacher and thinker who has sharp eyes, but also a spiritual teacher. It is based on the idea that emphasizes its meaning, purpose and value of life, which should belong to every human being, especially to a Malay Muslim. Her contributions to the community is unbeatable. It underlines the general appreciation of Islam by emphasizing a determination to use the world for the happiness of life, here and in the hereafter. For Za‘ba, mistakes in thinking lead to weaknesses in making a decision and followed by a bad action. Za‘ba’s thinking goes beyond times. His writings are almost 70 years old, was found in Qalam magazine which was published in 1952, but the essence and the topics of discussion are still fresh and still relevant until today. The determination of the mindset to ensure that the Malays are on the right track again, as it was recommended in Islam is very evident in his writing. Therefore, this work aims to examine and analyze Za‘ba’s spiritual values found in his mind through his writings.

Keywords: Za‘ba, Spirituality, Thought, Malay, Meaning and value in life

 

RUJUKAN

 

Abdul Hamid, et al. (2008). Memartabatkan warisan Pendeta Za‘ba. Universiti Sultan Idris, Tanjung Malim.

Adnan Hj Nawang. (1998). Za‘ba dan Melayu. Kuala Lumpur: Berita Publishing Sendirian Berhad.

Abdullah Hussain & Khalid M. Hussain. (2000) Pendeta Za‘ba dalam kenangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustala

Danah Zohar & Ian Marshall (2000). Connecting with our spiritual intelligence. London: Bloosmbury Publishing.

Rozali, Ermy Azziaty. (2017). ‘Jalan Keselamatan Bagi Orang-Orang Melayu’ : Pemikiran Za‘ba bagi memajukan pendidikan dan ekonomi pada tahun 1920-an. SEJARAH: Journal of the Department of History, [S.l.], v. 18, n. 18, nov. 2017. ISSN 1985-0611. Available at:https://ejournal.um.edu.my/index.php/SEJARAH/article/view/9218

Frankl, V. (1959). Man’s search for meaning. New York: Random House.

Fethullah Gullen. (2012). The Statue of our souls. Somerset: The Light Inc.

Hamka (2017). Tasawwuf moden. Selangor: PTS Media Group

Nordi Achie. (2006). Pemikrian Za‘ba dalam falsafah takdir (1932). Sabah: Penerbit UMS.

Wan Abdul Kadir, (Ed). (1996). 100 Tahun Za‘ba: Za‘ba pejuang bangsa. Kuala Lumpur: Jabatan Penerbitan Universiti Malaya.

Wan Ali, Wan Zailan Kamaruddin. (1996). Pendita Za‘ba: Pemikirannya mengenai Islam dan Melayu. Dlm. 100 Tahun Za‘ba: Za‘ba Pejuang Bangsa. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, pp. 285-308.

Zainal Abidin Ahmad. (Za‘ba), (1958). Asohan budi Menerusi Islam. Kuala Lumpur: H.M. Shah Enterprise.

Zainal Abidin Ahmad (Za‘ba). (1980) Falsafah takdir (disunting semula oleh Hamdan Hasan). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zainal Abidin Ahmad (Za‘ba). (2002). Ilmu mengarang Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zainal Abidin Ahmad (Za‘ba). (2009a). Perangai bergantung pada diri sendiri (edisi khas). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zainal Abidin Ahmad (Za‘ba). (2009b). Mencapai ketinggian dunia akhirat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

 [Teks Penuh]