Jurnal Melayu

Jurnal Melayu DBP

TAFSIR NUR AL-IHSAN OLEH SYEIKH MUHAMMAD SA’ID: SUATU BACAAN INTERTEKSTUAL 

(Syeikh Muhammad Sa’id’s Tafsir Nur Al-Ihsan: An Intertextual Reading)

Mohd Sholeh Sheh Yusuff

abuiffah@gmail.com/

Mohd Nizam Sahad

nizamsahad@usm.my

Siti Hajar Che Man

shajar@usm.my

Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan

Universiti Sains Malaysia

Abstrak

Tafsir Nur al-Ihsan merupakan tafsir kedua selepas Tarjuman al-Mustafid yang ditulis dalam bahasa Melayu pada abad ke-19 Masihi oleh Syeikh Muhammad Sa’id bin Umar. Tujuan utama kajian ini dilakukan adalah untuk mengesan dan memperlihatkan pengaruh sumber teks luar yang terdapat dalam teks Tafsir Nur al-Ihsan. Proses menganalisis Tafsir Nur al-Ihsan menggunakan kaedah bacaan intertekstual yang diasaskan oleh Mikhail Bakhtin dan dikembangkan huraian dan penganalisisannya oleh Julia Krestiva. Dari sudut metodologi penyelidikan, kajian ini berbentuk kajian kepustakaan dan juga lapangan yang menggunakan pendekatan subjektif bagi melihat data secara deskriptif dan kualitatif. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat sebelas buah karya yang telah mempengaruhi intipati teks Tafsir Nur al-Ihsan, iaitu Tafsir al-Jalalyn, Tafsir al-Jamal, Tafsir al-Baydawi, Tafsir al-Khazin, Tafsir al-Baghawi, Tafsir al-Tabari, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Razi, Tafsir al-Nasafi, Tafsir Ibn Kathir, dan Tafsir al-Tha’labi. Dapatan analisis juga membuktikan bahawa karya yang mendominasi Teks Tafsir Nur al-Ihsan ialah Tafsir al-Jalalyn, manakala prinsip kaedah bacaan intertekstual yang paling kerap teraplikasi ialah kaedah paralel.

Kata kunci: dialogisme, sejarah, Tafsir Nur al-Ihsan, bacaan intertekstual, prinsip intertekstual

 

Abstract

Sheikh Muhammad Sa’id ibn Umar’s Tafsir Nur al-Ihsan is the second Qur’anic interpretation produced in the Malay language, written in the 19th century CE after Tarjuman al-Mustafid. The main objective of this study is to identify the extent of the influence of the external sources in Tafsir Nur al-Ihsan. The method employed to analyse Tafsir Nur al-Ihsan is that of intertextuality, as developed by Mikhail Bakhtin and as described, developed and analysed by Julia Kristeva. In terms of the research methodology, this study was done using library research and field work with a subjective approach that is both descriptive and qualitative. The study finds that eleven texts influenced Tafsir Nur al-Ihsan: Tafsir al-Jalalyn, Tafsir al-Jamal, Tafsir al-Baydawi, Tafsir al-Khazin, Tafsir al-Baghawi, Tafsir al-Tabari, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Razi, Tafsir al-Nasafi, Tafsir Ibn Kathir, and Tafsir al-Tha’labi. The findings of this analysis also show that Tafsir Nur al-Ihsan is mostly influenced by Tafsir al-Jalalyn. The most frequent application of the intertextual method is a parallel reading.

Keywords: dialogism, history, Tafsir Nur al-Ihsan, intertextual reading, intertextual principles

 

RUJUKAN

al-Baghawi, Muhy al-Sunnah Abu Muhammad al-Husayn bin Mas’ud, 1409H/1988M. Tafsir al-Baghawi. al-Riyad: Dar Tayyibah.

al-Baydawi, Nasir al-Din Abu Sa’id Abd Allah Ibn Muhammad al-Shayrazi, 1416H/1996M. Tafsir al-Baydawi. Beirut: Dar al-Fikr.

al-Jamal, Sulayman bin Umar al-Ujjayli, t.th. Tafsir al-Jamal. al-Qahirah: Isa al-Babi al-Halabi.

al-Khazin, Ala al-Din Ali Ibn Muhammad Ibn Ibrahim al-Baghdadi, 1339H/1979M. Tafsir al-Khazin. Beirut: Dar al-Fikr.

al-Nasafi, Abi al-Barakat Abdullah bin Ahmad bin Mahmud, 1420H/1999M. Tafsir al-Nasafi, Madarik al-Tanzil wa Haqaiq al-Ta’wil. Bayrut: Dar Ibn Kathir.

al-Qurtubi, Abu Abdillah Muhamad bin Ahmad al-Ansari, 1423H/2003M. al-Jami’ al-Ahkam al-Qur’an. al-Riyad: Dar Alim al-Kutub.

al-Razi, Muhammad al-Razi Fakhr al-Din bin Diya’ al-Din, 1401H/1981M. Tafsir Mafatih al-Ghayb. Beirut: Dar al-Fikr.

al-Suyuti dan al-Mahalli, Jalal al-Din, 1337H/1919M. Tafsir al-Jalalyn. Dimashq: Dar al-Ulum al-Insaniyyah.

al-Tabari, Abu Ja’far Muhammad Ibn Jarir, 1420H/2000. Tafsir al-Tabari. Beirut: Mu’assasat al-Risalah.

al-Tha’labi, Abu Ishaq Ahmad Ibn Muhammad Ibn Ibrahim al-Naysaburi, 1422H/2002M. al-Kashf wa al-Bayan ‘an Tafsir al-Qur’an. Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-Arabi.

Bakhtin, Mikhail, 1973. Problems of Dostoevsky’s Poetic. Ann Arbor: University of Michigan Press.

Fadlan Mohd Othman dan Mohd Fadhil Mohd Faudzi, 2009. “Aplikasi Ilmu Takhrij dalam Kitab Tafsir Melayu: Tinjauan Awal terhadap Surah Al-Baqarah, Kitab Tafsir Nur Al-Ihsan oleh Al-Shaykh Muhammad Sa’id Bin ‘Umar. Kertas kerja di Seminar Sehari Tokoh Tafsir Dunia Melayu. UNITEN, 02 November.

Hamza Muhammad, 2005. “Metodologi Muhammad Sa’id Umar dalam Tafsir Al-Qur’an: Suatu Kajian Terhadap Tafsir Nur al-Ihsan”. Disertasi sarjana yang tidak diterbitkan, Universiti Malaya.

Ibn Kathir, Abu al-Fida’ Isma’il bin Umar bin Kathir al-Qurashi al-Dimashqi, 1420H/1999M. Tafsir al-Qur’an al-Azim. al-Riyad: Dar Tayyibah.

Hawthorn, Jeremy, 2000. A Concise Glossary of Contemporary Literary Theory. London:            Arnold.

Kristeva, Julia, 1980. Desire in Language: A Semiotic Approach to Literature and Art. Oxford: Basil Blackwell.

Mazlan Ibrahim, 2001. “Israilliyyat dalam Kitab Tafsir Melayu Tafsir Nur al-Ihsan” dlm. Jurnal Pembangunan Sosial. Alor Setar: Universiti Utara Malaysia, pp: 15-32.

Mohd Nazimi Zaim, 2010. “Kajian Takhrij Hadith dalam Tafsir Nur Al-Ihsan”. Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan. Pulau Pinang: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia.

Mohd Sholeh bin Sheh Yusuff, 2010. “Konsep al-Khizy dan Cara Menghadapinya menurut al-Qur’an dan al-Sunnah”. Disertasi Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Moi, Toril, 1986. The Kristeva Reader. Oxford: Basil Blackwell.

Muhammad Ismi bin Mat Taib, 2003. “Israiliyyat dalam Tafsir: Kajian terhadap Kitab Nur al-Ihsan, Karya Haji Muhammad Sa’id bin ‘Umar”. Disertasi Sarjana yang tidak diterbitkan. Universiti Malaya.

Muhammad Sa’id bin Umar, 1391H/1970M. Tafsir Nur al-Ihsan. Fatani: Matba’ah Bin Halabi.

Najihah Hj. Md. Yusuf, 1991. “Sumbangan Tuan Haji Muhammad Sa’id bin Umar kepada Ilmu Tafsir al-Qur’an: Tumpuan Khas kepada Kitab Tafsir Nur Al-Ihsan. Disertasi Sarjana yang tidak diterbitkan. Universiti Malaya.

Nur Zatil Ismah binti Azizan, 2008. “Tafsir Nur al-Ihsan oleh Muhammad Sa’id bin Umar dan Tafsir Al-Qur’an al-Hakim oleh Mustafa Abdul Rahman: Kajian Perbandingan Metodologi Penafsiran. Disertasi Sarjana yang tidak diterbitkan. Universiti Malaya.

Partini Sardjono, 1986. Kakawin Gajah Mada.Bandung: Penerbit Binacipta.

Wan Nasyrudin Wan Abdullah, 2008. “Tafsir Tarjuman al-Mustafid: Kajian Intertekstual. Tesis Doktor Falsafah yang tidak diterbitkan. Universiti Malaya.

 (Teks Penuh)