Jurnal Melayu

Jurnal Melayu DBP

Analisis Kepercayaan Etnik Kadazandusun Sabah dalam Antologi Tangon

(An Analysis of the Kadzandusun Sabah Ethnic Beliefs in the Anthology Tangon)

 

Norsuhaila Sulaiman

Asmiaty Amat

Universiti Malaysia Sabah.

 

Abstrak

Kehadiran kelompok pelbagai etnik di Sabah tidak menghalang hubungan komunikasi walaupun memiliki perbezaan agama, adat resam, bahasa sukuan, dan kepercayaan. Keunikan corak budaya hidup serta pegangan kepercayaan etnik Kadazandusun membuktikan kekuatan pengaruh peninggalan nenek moyang kepada generasi muda pada hari ini. Artikel bertujuan menyingkap unsur kepercayaan yang menjadi amalan etnik Kadazandusun dalam antologi cerpen Tangon. Cerpen dianalisis menggunakan pendekatan antropologi sastera sebagai satu cara meneliti pengekalan jati diri etnik peribumi masyarakat Kadazandusun di Sabah melalui unsur kepercayaan dan pengekalan fungsi bobolian dalam masyarakat tersebut. Hasil kajian mendapati pengarang di Sabah berjaya menerapkan dan mengekalkan unsur kepercayaan sebagai suatu identiti etnik Kadazandusun Sabah hingga hari ini.

 

Kata kunci: Tangon, Sabah, antropologi sastera, kepercayaan, Kadazandusun, bobolian, makhluk ghaib

Abstract

The existence of various ethnic groups in Sabah has not contributed to miscommunication even though there are a lot differences in terms of religion, customs, language and beliefs. The unique way of life as well as the beliefs of the ethnic Kadazandusun prove the strong influence of their ancestral beliefs persists even in the younger generation. This article is aimed at uncovering the beliefs that underlie the cusotmary practuces of the Kadazandusun as reflected in the short story anthology Tangon. The short stories are analysed using the approach of literary anthropology as a means to examine the preservation of the ethnic identity of the Kadazandusun in Sabah through their beliefs and the continued importance of the Bobolian in their society. The findings show that Sabahan writers successfully incorporate and maintain elements of their traditional beliefs to mark their identity as Kadazandusun of Sabah even till this very day.

Keywords: Tangon, Sabah, literary anthropology, beliefs, Kadazandusun, Bobolian, supernatural beings

 

Rujukan

Antologi Tangon. (2016). Kota Kinabalu: Kelab Penulis Kadazandusun Murut Sabah (MOMOGUSIA).

Buku Tahunan Perangkaan Sabah. (2012). Sabah: Jabatan Perangkaan Malaysia.

Jacqueline Pugh-Kitingan. (2012). Kadazan Dusun. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia.

Japun Madisah. (1986). Tatacara adat-istiadat dan kebudayaan Kadazan. Sabah: Sikuk Publication.

Koentjaraningrat. (1996). Pengantar antropologi. Jakarta: PT Rineka Cipta.

Kntayya Mariappan, & Paul Porodong. (2012). Murut dan pelbagai etnik kecil lain di Sabah. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia.

Marlenny Deenerwan. (2014). Bobolian: Seni teater etnik Dusun. Kuala Lumpur: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.

Mohd. Yusof Hasan. (1995). Penghayatan fiksyen Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Muhammad Haji Salleh. (2006). Puitika sastera Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Norsuhaila Sulaiman, & Asmiaty Amat. (2017). Cerpen-cerpen Witer Gunik mengangkat kearifan tempatan etnik di Sabah. Kertas Kerja Persidangan Antarabangsa Pengajian Kemanusiaan. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.

Nyoman Kutha Ratna, S.U. (2011). Antropologi sastera: Peranan unsur-unsur kebudayaan dalam proses kreatif. Yogyakarta: Pustaka Pelajar.

Panel Penulis. (2014). Adat resam dan pantang larang suku kaum di Sabah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wan Hashim Wan Teh. (1998). Nilai budaya masyarakat desa: Kajian etnografi di Wang Kelian, Perlis (Vol. 1). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zahba Selamat et al. (1989). Perkembangan cerpen Sabah. Kota Kinabalu: Dewan Bahasa dan Pustaka.

 

[Teks Penuh]