Jurnal Melayu

Jurnal Melayu DBP

MAIN PATERI DAN PERSEKITARAN FIZIKAL: KAJIAN KES DI KAMPUNG JEDOK, AYER LANAS, KELANTAN

(Main Pateri and the Physical Environment: A Case Study in Kampung Jedok, Ayer Lanas, Kelantan)

Nur Aqidah A.Aziz 

aqidah.aziz@hotmail.com

Mardiana Idayu Ahmad  

mardianaidayu@usm.my

Pusat Pengajian Teknologi Industri,

Universiti Sains Malaysia

Darlina Md. Naim

darlinamdn@usm.my

Pusat Pengajian Sains Kaji Hayat,

Universiti  Sains Malaysia

Haron Daud

harond@yahoo.com

Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan,

Universiti Malaysia Kelantan

  

Abstrak

Main Pateri merupakan satu daripada perubatan tradisional Melayu yang popular di kawasan timur Semenanjung Malaysia dan masih menjadi pilihan masyarakat setempat untuk mengubati pelbagai jenis penyakit khususnya berkaitan kekusutan jiwa ataupun penyakit psikosomatik. Kajian ini dilakukan untuk mendokumenkan upacara ritual penyembuhan Main Pateri dan meninjau parameter fizikal persekitaran semasa berlangsungnya upacara penyembuhan tersebut. Satu lokasi kajian kes Main Pateri di Kampung Jedok, Ayer Lanas, Kelantan telah dipilih untuk mencapai objektif kajian ini. Pemerhatian, temu bual yang mendalam dan pengukuran parameter fizikal persekitaran yang merangkumi suhu persekitaran, kelembapan relatif, halaju udara, keamatan cahaya dan tahap bunyi telah dijalankan. Melalui kajian ini dapat disimpulkan bahawa upacara Main Pateri mempengaruhi turun naik parameter fizikal persekitaran disebabkan oleh pergerakan Tok Teri, pesakit, tari-menari, paluan alat muzik dan penonton yang keluar masuk daripada pentas Main Pateri. Selain itu, keadaan persekitaran alam semula jadi turut mempengaruhi bacaan data yang dicerap. Kajian ini juga dapat dijadikan asas untuk kajian lanjutan untuk menilai pengaruh upacara Main Pateri dan mengkaji hubung kaitnya terhadap parameter fizikal persekitaran dengan lebih terperinci tetapi perlu dilakukan dalam persekitaran kajian yang tertutup dan terkawal.

Kata kunci: perubatan tradisional Melayu, Main Pateri, persekitaran fizikal

Abstract

Main Pateri is one of the Malay traditional medicinal practices that is still popular in the eastern part of Peninsular Malaysia, and is still one of the options selected by the local community to treat illnesses especially psychosomatic ones. This study was conducted to document the healing ritual of Main Pateri and to explore the physical environmental parameters during the ritual. In order to achieve this objective, a case study in Kampung  Jedok, Ayer Lanas, Kelantan was chosen.  Observation, in-depth interviews and measurements of physical environmental parameters including ambient temperature, relative humidity, wind velocity, light intensity and sound level were carried out. From the study,  it can be concluded that the healing ritual of Main Pateri caused fluctuations in  the physical environmental parameters due to the movement of the Tok Teri and the patient, as well as through the dance movements, musical instruments and the movement of audience. In addition, the natural environmental conditions also influenced the results of measurement. This study may serve as a fundamental basis for further and more detailed studies on the influence of Main Pateri and its relation to physical environmental parameters. However, such study would need to be performed in an enclosed and controlled environment.

Keywords: Malay traditional medicine, Main Pateri, physical environment

 

RUJUKAN

Aishah Mohamed dan Aziz A. Bidin, “Tumbuhan dalam Upacara Perbomohan: Kes Main Teri di Kelantan” dlm. Malaysia Journal of Society and Space, 8, 4, 56 -63, 2012.

Aishah Haji Mohamed, A Aziz Bidin, “Kepercayaan, tumbuhan ubatan dan orang  Melayu” dlm. Manusia dan Masyarakat 19, 70 – 84, 2010.

Aziz Ab. Shuaib dan Iskandar R. Raja Halid, 2011. The Research for Middle Path: Islam and The Traditional Malay Performing Arts. Universiti Malaysia Kelantan.

Azlina Musa dan Yusmilayati Yunos, “Simptom-simptom Penyakit dalam Main Teri: Satu Kajian Kes di Kampung Pasir Mas, Kelatan”  dlm. Jurnal Melayu, 8, 233-49, 2011.

Ernst, E, “Mistletoe as a Treatment for Cancer – Has in Proved Benefit, and Can Cause Harm” dlm. British Medical Journal, 333, 7528, 1282-283, 2006.

Haron Daud, 2013. “Tradisi Lisan Dan Pelancongan Di Malaysia: Satu Saranan” dlm. http://umkeprints.umk.edu.my/180/1/Paper%201.pdf  (Capaian 6 Februari 2013)

Jabatan Muzium Malaysia, (2013). Sejarah Main Pateri. Main Peteri – Jabatan Muzium Malaysia (Laman Web). http://www.jmm.gov.my/ms/main-peteri. (Capaian 11 Februari 2013)

Kothari, M., and Mehta, L., 1988. “Violence in Modern Medicine” dlm. Bab 5 dalam A. Nandy (ed.), Science, Hegemony and Violence: A Requiem for Modernity. Oxford: Oxford University.

Razali, S.M., “Conversion Disorder: A Case Report of Treatment with the Main Pateri, a Malay Shamanastic Healing Ceremony” dlm. Eur Psychiatry, 14, 470-72, 1999.

Struthers, R., Eschiti, V.S., dan Patchell, B., “Traditional Indigenous Healing: Part 1” dlm. Complementary Therapies in Nursing & Midwifery, 10, 141-49, 2004.

Traditional Medicine, 2003. “Traditional Healing – Traditional Medicine” dlm. http://www.traditionalmedicine.net.au/tradheal.htm. (Capaian 6 Februari 2013)

Watts, D., 1997. Political Communication Today. Manchester, UK:MUP.

World Health Organization, WHO (2008). “Traditional Medicine “ dlm. [Laman Web]. http://www.who.int/mediacentre/factsheets/fs134/en/. (Capaian 10 Februari 2013)