Jurnal Melayu

Jurnal Melayu DBP

AMALAN TABU Suku Mah Meri Tanjung Sepat, Banting Selangor

(Traditions and Taboos of the Mah Meri Tribe of Tanjung Sepat, Banting, Selangor)

 

Azyantee Mohd Zawawi

azyanzarra@gmail.com

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

Universiti Putra Malaysia

Abstrak

Kajian ini bertujuan menghuraikan beberapa aspek dalam amalan tabu masyarakat Mah Meri Tanjung Sepat. Aspek tersebut merangkumi perkahwinan, kematian, kelahiran dan pekerjaan. Bersandarkan pendekatan kualitatif, data dikumpulkan menggunakan kaedah temu bual secara mendalam. Selain itu, data hasil analisis kandungan turut digunakan sebagai sokongan. Dapatan kajian ini mendapati amalan tabu dalam kalangan masyarakat Mah Meri masih dipertahankan. Amalan ini didapati berkait rapat dengan kepercayaan nenek moyang masyarakat tersebut dan diturunkan daripada satu generasi kepada generasi yang lain bagi memastikan kelangsungan amalan tersebut dalam kehidupan komuniti. Yang lebih utama, amalan ini diamalkan demi mempertahankan tradisi asli masyarakat Mah Meri yang terkenal dengan nilai jati diri yang tinggi. Hasil kajian ini bukan sahaja dapat memberikan pencerahan berkaitan adat dan tradisi masyarakat Mah Meri, malah memberikan satu lagi sumbangan dalam kosa ilmu kemasyarakatan rumpun Melayu.

Kata kunci: tabu, tradisi, adat, Mah Meri, perkahwinan, kelahiran, kematian, pekerjaan

Abstract

This study aims to describe some aspects of the traditions and taboos concerning marriage, funerals, births and work among the Mah Meri community of Tanjung Sepat. Utilizing a qualitative approach, data was collected through the in-depth interview method. For supporting purposes, data obtained through content analysis also used in the study. The results of the study indicate that traditions and taboos are still of the utmost importance in the Mah Meri community. This correlates with the belief system passed down from one generation to another which ensures the continuity of those practices in the community. Since the Mah Meri community is well-known for their pride in their own identity, the continuity of such practices in the community can be seen as a defence mechanism to sustain their indigenous knowledge and traditions. These findings not only englighten about the customs and traditions of the Mah Meri community, but also contribute greatly to the store of knowledge concerning the sociology of the Malay world.

Keywords: taboos, traditions, customs, Mah Meri, marriage, birth, death, work

 

RUJUKAN

The Encyclopedia Americana, 1993. Vol. 26. USA: Grolier Inc.

Amat Juhari Moain, 1990. Kepercayaan Orang Melayu Berhubung dengan Pertanian. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Carey, Iskandar, “A Brief Account of the Mah Meri” dlm. JMBRAS 46 (2), 185-194, 1976.

Choi Kim Yok et. al, 2006. “Etnografi Kmpung Bukt Bangkong, Sepang”dlm. Asmah Haji Omar, Bahasa Mah Meri, hlm. 11-34. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Ma’Rof Redzuan et al., 2008. Orang Asli: Pembangunan Dan Ekologi Hutan. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Noor Aina Dani, 2002. Tabu Dalam Masyarakat Melayu di Sarawak. Monograf Bahasa, Sastera dan Budaya, Bil. 7. Selangor: Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putera Malaysia.

Roland Robertson, 1997.  Agama Dalam Analisis dan Interpretasi Sosiologi; Alam Pemikiran Primitif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Saiful Bahri, “Pantun Suku Kaum Mah Meri’ dlm. Jurnal Akademika 62 (1), hlm. 41-57, 2003.

S. Nathesan. “Tabu Dalam Bahasa Melayu” dlm. Pelita Bahasa, 9 (3), hlm. 48-49, 1997.

Tomlinson J, 1991. Cultural imperialisme: a Critical Introduction. London: Printer Publisher.