Jurnal Melayu

Jurnal Melayu DBP

PEMIKIRAN PUTERI SA’DUNG DALAM

HIKAYAT SERI KELANTAN

(Puteri Sa’dung’s Thinking in Hikayat Seri Kelantan)

Nor Huda Ahmad Razali
nurilhuda_081886@yahoo.com.my
Norazimah Zakaria
norazimah@fbk.upsi.edu.my
Jabatan Kesusasteraan Melayu,
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi,
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Abstrak

Artikel ini melihat pemikiran wanita Melayu menerusi tokoh Puteri Sa’dung dalam teks historiografi Hikayat Seri Kelantan (HSK). Aspek pemikirannya dianalisis menggunakan Teori Sistem Pemikiran Bersepadu 4K (SPB4K), iaitu teori yang diketengahkan oleh Yusof Hasan. Paparan aspek pemikirannya jelas memperlihatkan pemikiran masyarakat Melayu tradisi, khususnya golongan wanita yang menggalas peranan sebagai pemerintah sesebuah kerajaan. Dapatan kajian membuktikan bahawa pemikiran bersepadu, iaitu pemikiran kerohanian, pemikiran kebitaraan, pemikiran kesaintifikan dan pemikiran kekreatifan hadir dalam karya ini, sekali gus menjelaskan wujudnya aspek pemikiran tokoh yang dikaji. Keempat-empat pemikiran tersebut memperlihatkan keistimewaan tokoh dari segi hubungannya dengan Allah SWT dan sesama manusia, serta kemahirannya menyelesaikan masalah. Teori SPB4K merupakan suatu pendekatan yang didapati sesuai untuk diaplikasikan terhadap teks tradisional.

Kata kunci: pemikiran wanita Melayu, Puteri Sa’dung, pemikiran bersepadu, Hikayat Seri Kelantan

Abstract

This research focuses on the aspect of women’s intellectuality through the character of Puteri Sa’dung in Hikayat Seri Kelantan (HSK in this historiographical text, which indirectly exemplifies the thinking of the Malays. The intellectual aspect is analysed using the Sistem Pemikiran Bersepadu 4K Theory (SPB4K) propounded by Yusof Hassan. The intellectual aspect clearly shows the thinking of the Malays of old, especially that of women who had to shoulder the burden of the leadership of a kingdom. The findings of the study prove that integrated thinking, that is, spiritual thinking, unequalled thinking, scientific thinking and creative thinking are all evidenced in this work, and shed light on the thinking of the character under study. All four types of thinking display the special nature of the character’s relationship with Allah SWT and with other people, as well as her problem-solving skills. The SPB4K Theory is found to be a suitable for studying traditional texts. 

Keywords : intellectuality, Malay thinking, integrated thinkig, historiography.

RUJUKAN

Hasrina Baharum. (2015).  Wanita zaman bahari dalam politik dan ekonomi menerusi Sulalatus Salatin. Dalam A. Halim Ali et al., (Ed.), Wanita dalam wacana sastera (pp. 306– 315). Shah Alam: NHA Excall Resources.

Kamus Dewan. (2012). Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mahaletchumi dan Ani Omar. (2013). Pemikiran SPB4K dalam prosa Melayu tradisional Hikayat Lang Lang Buana. Dalam Ani Omar (Ed.), Teori kontemporari kritikan karya sastera Melayu. Tanjung Malim: Penerbit Mentari.

Mohd. Taib Osman. (2004). Hikayat Seri Kelantan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Yusof Hasan. (2007). Teori pendidikan pemikiran global. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Mustafa Haji Daud. (1995). Perkahwinan menurut Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications.

Nor Raudah Siren. (2006). Falsafah diri remaja dalam novel remaja Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rahimah A. Hamid, Mohd. Kipli Abdul Rahman, & Nazarudin Zainun. (2013). Kearifan tempatan Pengalaman Nusantara: Meneliti khazanah sastera, bahasa dan ilmu. (Jilid 3). Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Suhadan Anwar, & Salmah Jan Noor Muhammad. (2016). Perhubungan gender dalam masyarakat tradisional berdasarkan Hikayat Patani. Journal of Business and Social Development, 4 (2), 25 – 47.

Yusmilayati Yunos, Mohd. Yuszaidy Mohd. Yusoff, Muammar Ghadaffi Hanafiah, & Mohd. Norizam Jamian. (2016). Kepandaian orang Melayu dalam mentafsir ruang perubatan tradisional. Geografia Malaysian Journal of Society and Space, 12 (11), 79 – 91.

 

(Teks Penuh)