Jurnal Melayu

Jurnal Melayu DBP

REPRESENTASI TANDA BABI SEBAGAI PENANDA PENYUCIAN

DALAM ENTELAH MASYARAKAT IBAN

(Representation of the Swine Sign as a Signifier of Purification in Ibanese Entelah)

Patricia Ganing

patricia.ganing@gmail.com

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Asmiaty Amat

adajiwa@gmail.com

Lokman Abdul Samad

lokns@yahoo.com

Universiti Malaysia Sabah.

Abstrak

Entelah atau teka-teki dalam masyarakat Iban mengandungi banyak tanda tersurat yang menginterpretasikan makna tersirat. Kajian terhadap 10 buah entelah mendapati bahawa satu tanda dominan yang kerap diungkapkan dalam entelah ialah penggunaan kata babi. Teori semiotik Charles Sander Peirce digunakan sebagai alat untuk meneliti penggunaan kata babi sebagai tanda, penanda dan petanda dalam kehidupan masyarakat Iban. Dapatan kajian turut menunjukkan bahawa babi bukan sahaja menjadi makanan orang Iban tetapi menjadi alat penyucian bagi membuang badi dan sial yang digunakan dalam upacara menguruskan kematian, upacara perkahwinan terlarang, upacara menguruskan anak luar nikah, upacara membersihkan pasangan berzina, dan upacara penyucian dalam pertanian.

Kata kunci: entelah, babi, penanda penyucian, teori semiotik Peirce, masyarakat Iban

  Abstract

Entelah or riddles are a part of the oral literature of the Iban. Entelah contain many signs for different signified meanings. A study of 10 entelah reveals that the most dominant sign is that of ‘swine’ or ‘pig’. Consequently, this study employs the semiotic theory of Charles Sander Peirce to study the use of ‘swine’ or ‘pig’ as sign, signifier and signified among the Iban community. The findings show that swine are not only consumed but are also a used in purification rituals to remove the badi (bad influence) or sial (ill fortune) asscoiated with deaths, taboo marriages, out-of-wedlock births, adulterers, and the purification of agricultural lands.

 Keywords: Entelah, swine/pig, purification signifiers, Peirce’s semiotic theory, Iban community

RUJUKAN

Boniface Jaraw. (1963). Entelah Iban. Kuching: Borneo Literature Bureau.

Casper Kayong Umping. (2010a). Begiga entellah. Sibu: Vicskill Printing Sdn. Bhd.

Casper Kayong Umping. (2010b). Raja Singalang Burung: The legends of customary and faith. Sibu: Vicskill Printing Sdn. Bhd.

Janang Ensiring, & Jantan Umbat. (2004). Ripih pengawa gawai antu. Kuching: The Tun     Jugah Foundation.

Jimmy Donald. (1993). Chara enggau gaya leka main Iban. Kuching: Vanguard Press.

Patricia anak Ganing. (2013). Analisis entelah dalam masyarakat Iban. Tesis Sarjana. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.

Patricia anak Ganing. (2016). Tanda, penanda dan petanda dalam entelah Iban. Tesis Doktor Falsafah. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.

Sukatman. (2009). Butir-butir tradisi lisan Indonesia: Pengantar teori dan      pembelajarannya.

Yogyakarta: Laksbang Pressindo.

Tun Jugah Faundation. (2009). Bup sereba reti jaku Iban. Kuching: Cardn Information Sdn. Bhd.

Tun Jugah Faundation. (2011). Adat Gawai. Kuching: Cardn Information Sdn. Bhd.

(Teks Penuh)